Here's the Bahasa Malaysia version of the RPK Interview for your perusal, in honour of RPK
Alihbahasa oleh; Johan Ray
RPK; Kaum Cina, Jangan Takut
“Saya orang Melayu, tetapi saya bukan musuh kepada orang bukan Melayu.”
“ Saya mahu beritahu kepada orang Cina, jangan takut dengan gertak UMNO, sebab itu saya bersetuju menerima wawanncara ini.”
RPK menekankan bahawa ada berjuta orang Melayu di Negara kita, kebanyakannya adalah rakan kepada orang Cina dan India.
“Orang bukan Melayu mengundi BN di masa yang lepas kerana takut dengan Mei 13. Itulah sebabnya kenapa parti pemerintah berhempas pulas berkempen dalam muka penuh iklan dalam bahasa ibunda masing-masing sebelum Pilihanraya Umum. Misalannya MIC memberitahu orang India “jika kamu mengundi pembangkang kamu akan menerima padahnya.” Tidakkah semua parti komponen BN membuat perkara yang sama?
“Tetapi mereka tidak berani memberi amaran yang sama kepada orang Melayu jika mengundi pembangkang! Bahkan mereka menganjurkan projek Balik Kampung dan memberi RM200 sekepala untuk membeli undi. Kenapa orang Melayu tidak diberi amaran? Sebab orang Melayu tidak termakan dakyah Mei 13.” RPK berkata, “Kalau pun tidak semuanya, kebanyakan orang Melayu juga mahukan Negara yang stabil.”
Aku tergamam. Aku teringatkan jiran ku Pak Haji berumur 60 tahun yang sering mengingatkan aku selepas pilihanraya umum bahawa “jika ada sesaorang mahu membunuh kamu sila dating kerumah saya dan kami akan melindungi kamu.”
Juga seorang lagi jiranku Ahmad, yang mana anak-anaknya fasih berbahasa Mandarin, menyatakan “ Kerajaan berpendapat bahawa orang Cina dan India tidak mengenang budi kepada Kerajaan. Ini berlaku pada tahun 1969 dan jawapan UMNO kepada keaddan ini ialah Mei 13.”
“Sekarang, sebagai seorang Melayu, melalui majalah tuan, saya menyeru kepada semua rakan-rakan Cina, sekiranya UMNO mencipta Mei 13 sekali lagi, kami pembangkang Melayu akan keluar membela. Jika mereka mahu membunuh orang Cina mereka perlu melangkah mayat kita dahulu. Kerana jika tiada orang Cina, majoriti diantara kami yang menyara hidup tanpa bantuan Kerajaan tidak akan punya masa depan.”
“ Bagaimana anda dapat memastikan keselamatan kami?”
“Saya pernah pergi ke Kg. Kerinchi di mana terdapat 99% adalah orang Cina. Bila saya memberi amaran kepada UMNO jika mereka berani mencederakan mana-mana orang bukan Melayu, kami pembangkang Melayu akan membela mereka sehingga ketitsan darah terakhir. Ribuan orang Melayu yang mendengar ucapan saya di sana menyambut seruan saya. Saya rasa reaksi spontan mereka melambangkan kebenaran.”
RPK berkata orang Melayu telah bersedia tapi mereka tidak mahu mengekang kemajuan reformasi jika orang Cina dan India lambat mencapainya.
Sunday, October 5, 2008
Bahasa Malaysia copy of the Exclusive Interview, Part 1
I received a translated copy of the interview, part 1, translated to Bahasa Malaysia.
johan ray said...
Thank you Johan Ray.
Guys, send to your friends, we have now Bahasa, English, and Chinese versions. Mail your friend, tell them who RPK is, as most of us still blurred with what RPK is doing for us.
You need not refer back to this blog, just copy the content and send if you wish. Do it!
---------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment